ELEMENTZ MAGNESIUM : Bantu perbaiki GDM (Kencing manis ketika hamil) dengan Magnesium

December 09, 2017


PERBAIKI RINTANGAN INSULIN JIKA ADA GDM 
(kencing manis ketika hamil)

GDM membawa implikasi jangka panjang mendapat diabetes kencing manis jenis 2 pada ibu dan peningkatan risiko untuk obesiti dan ketidak intoleransi glukosa atau rintangan insulin (insulin resistnace ) pada anak


Plasenta membuat hormon yang boleh membawa kepada peningkatan gula dalam darah anda. Biasanya, pankreas anda boleh membuat insulin yang mencukupi untuk mengendalikannya. Jika tidak, paras gula darah anda akan meningkat dan boleh menyebabkan diabetes gestational (GDM)

Rintangan insulin wujud sebelum kehamilan pada wanita dengan sejarah GDM tetapi bertambah buruk semasa kehamilan. Rembesan insulin tidak mencukupi untuk mengimbangi rintangan insulin, yang membawa kepada hiperglikemia. Oleh itu, rintangan insulin kronik adalah komponen utama patofisiologi GDM.

BAGAIMANA MAGNESIUM BOLEH MEMBANTU?
Rintangan insulin mungkin berlaku di sebabkan kekurangan magnesium dan wanita hamil tersebut tidak sedar dia mempunyai taraf magnesium yang rendah. Ia hanya akan menampakkan kesan ketika dia hamil. Ini kerana plasenta membuat hormon yang boleh membawa kepada peningkatan gula dalam darah anda. Biasanya, pankreas anda boleh membuat insulin yang mencukupi untuk mengendalikannya. Dalam keadaan kekurangan magnesium, laman selular untuk membolehkan kemasukkan glukosa tidak dapat berlaku. 

Tugas insulin adalah membuka laman selular untuk membolehkan kemasukan glukosa, sumber bahan bakar sel. Sel-sel yang tidak lagi respon kepada insulin mengakibatkan tahap glukosa darah meningkat dan tubuh menghasilkan lebih banyak insulin, tapi semuanya sia-sia, sebab pintu laman selular tidak berfungsi. Salah satu sebab utama sel tidak bertindak balas terhadap insulin adalah kekurangan magnesium.  

Kata Dr Carol Dean dalam bukunya the Magnesium Miracle :
Kajian mengesahkan apabila insulin dikeluarkan dari pankreas, magnesium dalam sel biasanya akan respon dan membuka sel untuk membolehkan kemasukan glukosa, tetapi dalam kes kekurangan magnesium yang digabungkan dengan rintangan insulin, mekanisme normal tidak berfungsi. 

APA AKAN BERLAKU JIKA TARAF MAGNESIUM TIDAK DIPERBAIKI?
Glukosa dan insulin mengamuk di seluruh badan, menyebabkan glukosa berlebihan di dalam darah dan membakar banyak magnesium, seterusnya bukan sahaja mengurangkan tahap magnesium anda malah boleh meningkatkan komplikasi dalam kehamilan akibat kekurangan magnesium tersebut.

Adakala kondisi ini bertambah baik selepas kelahiran kerana ketiadaan placenta namun jika magnesium tidak kembali keparas yang normal,  ibu yang melahirkan tersebut mungkin meneruskan kondisi rintangan insulin yang semakin teruk dan kekal mendapat diabetes sehingga menjadi diabetes tahap kedua. Begitulah bagaimana GDM membawa implikasi jangka panjang untuk mendapat diabetes kencing manis jenis 2 pada ibu dan peningkatan risiko untuk obesiti dan ketidak intoleransi glukosa atau rintangan insulin (insulin resistnace ) pada anak

Risiko ini mampu diperbaiki dengan penggunaan magnesium dalam bentuk magnesium flakes atau magnesium oil di mana ibu-ibu yang berisiko tinggi dan mempunyai sejarah GDM ini mengamalkannya sebelum merancang kehamilan, semasa kehamilan dan selepas kehamilan. Malah ada kajian yang melihat pengambilan magnesium bukan sahaja mampu mengurangkan risiko di atas, malah ia boleh mengurangkaninsiden hiperbilirubinemia (jaundice) dan new born hospitalization 


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images